Monday, November 28, 2011

Islam itu indah..

Maaf, sekiramya aku yang jahil dan kurang pengetahuan akannya mahu berkongsi sesuatu yang sangat berharga..dan sesuatu yang boleh dijadikan panduan...


sebenarnya apa yang kita beri pada dunia akan kembali pada kita..aku rasa ramai orang mengetahuinya..dunia dalam adalah gambaran dunia luar..usah salahkan orang lain atas perkara yang berlaku pada diri kita...sepatutnya kita melihat jauh kedalam untuk apa yang menimpa diri kita..

kemaafan adalah perkara yang paling sukar diberi..terluka dan dilukai adalah lumrah kehidupan...dan untuk itu, kita perlu renungkan kedalam diri..adakah kita tak pernah melukai sesiapa?...

Redha dan pasrah adalah dua perkara yang berbeza...

mengakui kesilapan diri juga adalah perkara yang sukar dilakukan...

sentiasa ingat segala kebaikan orang terhadap kita sebaliknya lupakan segala kejahatan orang terhadap kita...

maafkan segala kesilapan orang terhadap kita sebaliknya ingatkan kesilapan kita terhadap orang lain..

dan untuk itu, dikesempatan ini aku memohon maaf untuk segala kesilapan yang menguris hati mencalar jiwa....

Sunday, November 27, 2011

10 Perkara untuk hari ini...

1.Malaysia vs Bahrain 2-3..'(

2.Menempah 1 ekor arnab andy untuk hari ini..
3.menghabiskan masa seorang diri di rumah..
4. sangat lega sebab ada orang yang akan menjaga arnab2 aku sepanjang ketiadaan aku...
5.Menghadap dinding sambil bercakap-cakap sendiri..
6.Memasak mihun goreng yang tak cukup bahan...
7.Bermain hujan hari ini...
8.Apa yang aku cari sebenarnya
9.Apa yang aku nantikan sebenarnya..
10.Still alive...

sekian dahulu..Till then



Saturday, November 26, 2011

Jadi macam abah..

aku cuba mengingati detik-detik indah bersama abah

suatu ketika yang dulu...
aku tak ingat masa tu umur aku bape..
tapi yang pasti aku mengamuk sakan waktu tu sebab tunggu uncle jual aiskrim tak kunjung tiba..
sehari sebelum tu, aku dh ckp dh kat mak.."mak, kite nak beli aiskrim, esok nak tunggu depan umah"..aku senyum simpul depan mak sambil berkira2 dalam hati dapatlah makan aiskrim esok..yeay...(aku rase aku dh cite kisah ni tapi aku dh delete entrynya)..
aku mmg sgt determination, pagi tu bangun terus mandi pastu bergesa lari ke "tapak" umah orang lain kadangkala panggil balkoni la...ruang rehat diluar umah tu..aku pun tak tau nak describe macam mane..terus-terusan aku terconggok bersama adik menanti uncle jual aiskrim datang..

aku yang tak senang duduk selalu menanyakan waktu pada mak..mak dh gaya datuk harimau kena kasi tau masa setiap sejam yang berlalu...(macam la mak tak ada kerja lain masa tu...haha)..
aku rasa macam dah lama sangat aku nunggu ni..matahari pun dah naik atas kepala..hati mula panas berbaur sedih..apa yang aku harapkan semalam macam tak dapat dipenuhi...
aku berlari masuk kebilik..baring sambil mengamuk..(haha lawak masa ni)...dalam masa mengamuk tu..ada juraian air mata yang bagai dicurah2 daripada langit..mak terus memujuk..mak kata uncle tu tak jual aiskrim ari ni kot..aku yang sememangnya degil tak makan pujuk punye terus menangis kesyahduan...aku tak tau kenapa aku beria sangat...tapi yang pasti aku memanggggggggggg nakkkkkkkkkkkkk sangattttttttttttt makannnnnnnnnnnnnnn aiskrimmmmmmmm padaaaaaaa waktuuuuuuuu tuuu...
kedengaran bunyi motor abah pulang daripada menjaja ikannn...aku tak berganjakkkkk daripada katil terus-terusan melekapkan bantal kemuka..........

abah yang keletihan mencari rezeki mendengar pengaduaan daripada isteri tercinta (mak aku) tentang keberadaan anaknya yang seorang ni..abah tak banyak cakap cuma satu je katanya..cepat siapkan kami (adik aku, aku dan kakak aku yang balik daripada sekolah jap lagi)..
lepas zuhur abah bawak kami ke kedai beli aiskrim.....mendengar penjelasan ibu..aku pun berhenti menangis bukannya apa baik2 nak dapat makan aiskrim karang tak berhenti menangis makan rotan la jawabnya..ermm seingat aku abah tak pernah bantai aku yang ada pun guna ranting beninjau tu pun tak kena kaki aku.....naik tangan jauh sekali ar kan...
buat mak dan abah..aku rasa sangat bersyukur sebab Allah kurniakan aku parents yang begitu mengasihi kami adik beradik dan memberi didikan yang sempurna buat kami...semoga kalian sentiasa dilindungi Allah..dan semoga arwah ayah sentiasa dicucuri rahmat...amin...





Salam semua...

Dikesempatan ini saya ingin mengucap Selamat Tahun Baru buat keluarga, sahabat handai dan seluruh umat Islam..semoga kehadiran tahun baru ini akan memberi ruang, peluang dalam memperbaiki diri....semoga kesilapan silam tidak akan berulang..semoga tahun ini kita lebih matang dalam menghadapi setiap dugaan dan pancaroba hidup....dunia dalam mencerminkan dunia luar....:)

Tuesday, November 15, 2011

nape nak pakai sanggul tinggi ea?...

walhal kita bertudung sebab nak menutup aurat...

owh yea..nape manusia suka menjatuhkan hukuman...

Saturday, November 12, 2011

1 liter of tears

erm...sob sob sob..sedih tengok cite ni..alangkah bersyukurnya aku kerana dikurniakan tubuh yang sehat serba sempurna....cite ni mengisahkan seorang remaja perempuan yang berusia 15 thn menghidap penyakit tulang sumsum dan seterusnya mengakibatkan bahagian otak semakin mengecil dan menjejaskan system saraf dan tiada sebarang ubat yang dapat mengubati penyakit tersebut (kisah benar yang di adaptasi dalam drama)..seperti yang kita sedia maklum sistem saraf memainkan peranan penting dalam fungsi dan respon anggota badan kita...saraf menghantarkan signal daripada otak ke seluruh anggota badan untuk bergerak dan melakukan sesuatu...apa yang menarik dalam drama ni adalah tentang perjuangan didalam kehidupan dan betapa pentingnya keluarga disisi kita yang sentiasa memberi sokongan dan kekasih yang mencintai kita seadanya diri kita....:)...

perjuangan selama 10thn dalam hidup dan setiap fasa kehidupan perlu ditempuhi dengan penuh ketabahan...banyak pengajarannya, especially menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang ada...sentiasa menolong orang lain dengan seikhlas hati..dan tidak terlalu memikirkan tentang diri sendiri....untuk setiap pengorbanan yang kita lakukan pasti akan membuahkan hasil...dan jangan hanya memandang kekurangan orang lain sedangkan kita sendiri banyak kekurangannya....
untuk itu, kita lebih menghargai dan menghayati hidup dengan baik...dan kita juga tak mungkin dapat hidup dalam kenangan lalu..kerana yang kita ada hanyalah masa sekarang yang perlu diperjuangkan....sentiasa melihat kehadapan kerana silam hanya kenangan dan pegalaman hidup yang tak mungkin dapat ditukar ganti...till then...

Pak lang...

semoga Pak lang cepat sembuh daripada sakitnya....amin...

Friday, November 11, 2011

Argghhh..

huh..malasnya aku time cuti2 ni..nak sambung wat project CV aku kat umah pun tak lalu..melepek sambil melihat elly dan Is berlari2 keseronokan...dua ekor tu dh terbiasa makan bersuap..so tiap kali aku menjengah kat sangkar , tentunya Elly dah ready tunggu aku kat depan pintu sangkarnya dan Is ala2 muka kebulur tak larat nak bangun taktik mintak disuap la tu ...aisehh....kesian aku tgk..2 ekor tu pandai wat muka lapo dan simpati.....yang aku notis tu si elly dan Is tak berape suke makan pallet, 2 ekor tu prefer lagi makan alfafa dan hay yang kering...lagi2 makan kat atas tapak tangan aku..masa memula tu aku cuak gak nak wat mcm tu..cuak kalau2 si elly dan Is gigit jari aku sebab kebulur..so far takde lagi tragedi berdarah..cumanya time aku nak pegang buat mcm teddy bear tu si elly ngan Is suke meronta2..ade la calit2 garisan luka kat jari aku..adat la kan..kalau ade pet ni especially arnab or kucing tak calar balar tangan tak sah...aku g survey kucing cute jenis parsian kat pet shop harga rm650..rasa mcm nak beli bulan depan..tengok ar mcm mane..nanti terpaksa berbahagi kasih..till then...


P/S: tadi g amik gambo passport, tgk gambo passport terasa baru semlam aku amik SPM..aigoooo...

Reason why perempuan reject lelaki...

1.lelaki asyik dengar kata mak dier, tak tau nak buat keputusan sendiri..

2.lelaki tak pandai berdikari...semua nak kena suap ke mulut...
3.lelaki takde pegangan hidup yang kuat tentang agama...so mcm mane nak bimbing isterinya kelak..
4.lelaki ego tahap cipan angkasa...sebab tu perempuan kena kahwin dengan yang sekufu utk elakkan masalah dalam rumahtangganya kelak..
5.lelaki banyak songeh...
6.lelaki pengotor..
7.lelaki segala kaki...
8.lelaki yang tak sehaluan..
9.lelaki panas baran

Pada aku lelaki kena tegas, berpendirian, pengasih, penyayang, sgt penyabar,berpegang teguh pada ajaran agama, boleh bawak berbincang dan rajin bekerja.....till then...

Monday, November 7, 2011

syok raye tahun ni?..

seperti entry yang lepas dan seperti yang dijanjikan..mak, kakak dan abang aku beraya di umah aku..heeee..alangkah seronoknya dan seribu syukur aku panjatkan ke hadrat Illahi...:)...


aku menghabiskan masa bersama mereka, berjalan-jalan dan makan-makan...aku nak tahan mak tak kasi balik umah..sunyi sgt dok kat sini..nasib baik ade Elly dan Is...takde ar aku sorang2....ermmm..ber sms ngan lily buat aku gelak terkekeh2..dia ajak g umah die weekend ni..dia pun macam aku gak la..dok sensorang...aku kira nasib ok lagi coz ade certain mase je aku sensorang kat umah ni..die lak sepanjang masa dok sensorang...aku dh tak macam dulu kalau nak jalan sesuke hati...sekarang ni dah ade belaan yang perlu di beri perhatian..so susah sikit ar nak kuar berjalan-jalan..even balik kampung pun payah la kot..solutionnya panggil mak aku dok ngan aku...tunggu ar aku beli keta..so kalau balik kampung leh bawak elly dan Is sekali..haha..
lily kata nanti rabit aku membiak pastu aku dpt ramai anak..kikiki..hidup macam ni la..kena la step by step..memula jaga rabit dan anaknya..nanti esok lusa jaga anak sendiri pulak..amin..
sekurang-kurangnya belajar2 bertanggungjawab dengan apa yang kita miliki pada saat ini..

petang ni keje..esok keje..pastu coti..yeehaa...ade je keje nak buat..5 thn daripada skrg aku nak dok kat libya dh, keje ngan pak2 arab pulak...jaga minyak kat sana..hehe..till then...

Wednesday, November 2, 2011

kisah Elly n Is


aku baru saje adopt 2 rabbit teddy bear name dier Elly and Is...Elly berusia 3 bln dan Is dah nak masuk setahun (teruna dah)..haha...masa mula masuk umah aku..aku tgk badan Elly menggigil-gigil..takut agaknya smpi terkencing2..kesian aku tgk Elly..tapi Is maintain macho..agaknya dah biasa kena usap2 dengan X-tuannya....sekrg ni Elly dh ok dh...kanak-kanak lagi..suke nyorok2 belakang pintu...so far takde masalah..Elly dan Is memberikan kerjasama sepenuhnya..mujur ar kat umah aku ni ada bahagian store..so aku jadikan store tu tempat bermain Elly ngan Is...terkinja-kinja la dua ekor ni keseronokan...haha...so ilang la segala stress dan ketakutan...semoga Elly & Is gembira tinggal ngan aku..heee..till then...

_Nukilan_

hidup perlu dijalani..diterokai...dihayati dengan sepenuhnya...dihargai dengan sesungguhnya....sedaya upaya mengapai segala peluang yang ada, segala peluang yang datang..menghargai setiap apa yang kita miliki pada saat dan ketika ini....kegembiraan, kebahagian dan ketenangan perlu diraih dan dicari...aku ada terbaca satu risalah tentang apa yang membezakan manusia dengan manusia yang lainnya adalah ilmu dan amal...sekiranya kita memiliki ilmu itulah yang membezakan kita dengan manusia lain...tanpa amal, ilmu itu tidak berguna sama sekali...tanpa ilmu hidup kita tidak ubah seperti haiwan....namun begitu manusia yang jahil sifatnya jauh lebih buruk daripada haiwan.....hakikat ilmu yang sebenar adalah yang membawa kita ke landasan yang benar, memandu kita kejalan yang diredhai...yang memancarkan cahaya dalam kehidupan kita..yang memberi manfaat kepada alam sejagat..yang membawa kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat...

kenapa kadang-kadang hidup kita terasa kosong sekosongnya....seperti tiada lagi esok dan lusa..lenyap segala cita-cita dan visi hidup...sebenarnya jiwa kita hampir mati, terhenti terlalu lama pada keadaan yang sama..membiarkan diri beku dan kaku pada kisah silam yang tiada kesudahannya..
Hidup ini sangat indah, segala pengalaman mendewasakan diri..setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri..apa pun jua, kita sentiasa saling lengkap melengkapi antara satu sama lain...dan kerana itulah kita dijadikan dengan karakter yang berbeza.....
pada aku, hidup ini adalah bagaimana kau memandangnya, bagaimana kau mau penuhinya, dan bagaimana kau mau jalani dan corakkan...till then....