selama 3 tahun bekerja, akhirnya aku dapat bekerja selari dengan apa yang aku perolehi daripada pengajian..tetiba rasa, masanya sudah hampir utk fly....mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkan permintaan hambaNya ini..surat daripada HR sungguh buat hati aku berbelah bahagi...gembira dengan apa yang diberikan dan rasa sugul untuk meninggalkan apa yang aku telah diharungi selama 8 bln ni...apa pun syukur atas segala kurniaanNya...
owh ya...aku menonton rancangan tanyalah ustaz pagi tadi..membincang tentang Kisah Rasulullah dan Sunnah baginda...dan info yang baik daripada rancangan tersebut adalah sekiranya kita hendak mengirimkan Al-fatihah kepada baginda..kita niatkan sebagai hadiah kepada baginda...till then...
Monday, December 12, 2011
C n I
Posted by Rukia at 10:53 PM 0 comments
Sunday, December 11, 2011
Thanks Fren..
Pagi tadi aku terharu bilamana sahabat aku mendoakan kebaikan buatku..
semoga kau juga mendapat kebaikan dalam setiap apa yang kau lakukan...
sungguh meruntun jiwa...hampir menitiskan air mata...seribu dalam satu..terima Kasih Allah untuk segala pemberianMu...
Posted by Rukia at 4:27 AM 0 comments
smile...
aku rasa aku dh lama tak gelak dgn sesungguh hati..
adakah bekerja di TNB buat aku murung...
erm..aku rasa tidak..aku yang tak memberi makna dalam setiap apa yang aku lakukan..cuma mungkin aku dh tak ramai kawan2 perempuan..
aku dikelilingi oleh lelaki..
Ya Allah, berilah aku sahabat wanita..
aku hanya akan jumpa ramai wanita bila aku kat ILSAS..
tadi pulang daripada kerja aku singgah tgk anak2 dan cucu2 aku..
mereka sehat2 belaka..
sunyi umah tanpa mereka..walaupun mereka tak boleh bercakap..
namum, dapat bermain-main dengan mereka buat aku happy..
mungkin aku baru nak serasikan diri dengan persekitaran baru..
cabaran bekerja dengan lelaki ni..
adakah kaum wanita dianggap golongan yang lemah..
sapa kata, pada aku...
yang menentukan lemah atau tidak seseorang itu adalah pegangan hidup dan kepercayaan mereka pada setiap ketentuan Allah s.w.t..
selagi kita percaya bahawa Allah s.w.t akan mengurniakan atau menguji sesuatu mengikut kemampuan kita..makanya kita mampu mengharungi cabaran hidup dengan penuh ketabahan dan kecekalan atas izinNya...
aku cuma mengingatkan diriku, yang adakalanya tewas dengan perasaan sendiri..yang adakala bertanya mengapa dan mengapa...sesungguhnya manusia itu sering lupa dan lalai..kecuali mereka yang sering ingat mengingati antara satu dengan yang lainnya tentang kebenaran...(sekiranya ada kesilapan tlg betulkan wahai teman2)..sungguh pada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali..till then..
Posted by Rukia at 4:00 AM 0 comments
Saturday, December 10, 2011
Tahniah Emma..
emma adalah sahabat yang aku kenali sejak sekolah menengah lagi..alhamdulillah persahabatan kami kekal sampai ke hari ini dan harapnya terus berpanjangan hendaknya sehingga ke akhir hayat...baru-baru ini emma telah berjaya menawan puncak gunung kinabalu...(tepuk tepuk tepuk)..aku pun belom menjejakkan kaki kesana..boleh dikatakan memang hebat sahabat aku yang sorang ni...karakternya mmg tahan lasak dan periang..sukakan aktiviti outdoor...dia janji ngan aku nak g hiking gunung mane tah kat area selangor...so apa apa pun akan ku tunggu..semoga berjaya dalam apa jua yang diingini...
Posted by Rukia at 9:06 PM 0 comments
weekend aku...
Bila tiba weekend aku lebih prefer habiskan masa kat rumah...
mengemas atau bersantai-santai bersama arnab aku..
tapi weekend ni 'mereka' tiada, masih berada di pet shop...
so aku wat hal sendiri..pegi kenduri kawin..balik rehat2 sambil2 menulis plan untuk tahun hadapan..
owh ya..bercakap tentang plan..kamu2 mesti dah ada plan yang tersendiri bukan...
plan yang kita buat tu adalah rujukan kita...it is our benchmark... dengan itu kita tau apa persediaan yang perlu dilakukan dalam menjalani kehidupan ini..
We do the very best,Allah almighty will do the rest..be happy ok...till then..
Posted by Rukia at 5:00 AM 0 comments
Friday, December 9, 2011
Aku dah dapat Cucu..
Ngee..alhamdulillah...syukur aku panjatkan pada Allah untuk segala pemberianNya..
Jangan terkejut pulak...aku nikah pun belum lagi tetiba dah dapat cucu..hehe..tu baby arnab aku..arnab aku dah jadi parents sepenuhnya..dapat tiga ekor tapi seekor meninggal umur tak panjang..makanya tinggal la 2 ekor..
pengalaman menyusukan baby arnab memang mencabar untuk aku yang geli melihat warna merah badan baby yang masih belum ditumbuhi bulu..Terima kasih kepada Cinoy sebab tlg susukan baby arnab tu..aku pulak mengambil bahagian dalam memegang si ibu semasa proses penyusuan berjalan..dapatlah baby-baby tu minum susu..ermm sehari je pengalaman tu..selebihnya aku hantar ke pet shop utk dijaga memandangkan aku akan mengikuti kursus di ILSAS...rindu kat mereka..arnab ngan babynya selamat kat sane..aku percaya penuh pada kakak tu...tak sabar nak nenguk mereka...tanggungjawab semakin bertambah lepas ni...caiyok ila...
Posted by Rukia at 1:20 PM 0 comments
Menemui Fiza...
Terima kasih Fiza atas seaweed yang sedap..
kau tau Fiza, bila terpandang seaweed yang kau beli..
dalam hati teringin nak beli jugak sebab teringin nak rasa..
aku bantalkan hasrat tu,sebab masa tu duit cukup2 untuk beli barang lain..boleh saja aku pinjam duit kau masa tu dan gantikannya semula..tapi aku tak terluah...
entah kenapa masa kau datang bilik aku dengan membawa seaweed kelmarin..
buat hati aku rutun...hampir saja air mata menitis membasahi bumi..
namum aku tahan..aku tanya pada kau "kau tau ea aku nak sangat seaweed tu?"..
kau jawab dengan nada selamba" kau kata nak beli seaweed tu tapi kau tak beli, sebab tu aku simpan untuk makan bersama"..ternyata sahabat yang baik sukar dicari..sahabat yang baik sentiasa memenuhi keinginan sahabatnya...semoga Allah membalas segala kebaikan kau pada diriku...ternyata Allah maha mendengar dan pemberi rezeki..letaklah segala pengharapan padaNya..
Posted by Rukia at 12:58 PM 1 comments
Selamat Pengantin Baru
Dear Balbir,
selamat pengantin baru..
semoga kehadiran suri dalam hidup kau..
menceriakan lagi warna-warna kehidupan..
semoga kau tenang dan gembira menjalani hidup ini...
aku mengerti setiap kata-kata yang kau ucapkan kelmarin..
tentang jiwa yang redha menghadapi setiap ujian yang ada..
tentang rasa syukur yang kita panjatkan untuk setiap apa yang kita miliki hari ini..
sebaliknya bukan hanya memandang setiap kekurangan yang ada..
kau kata hidup ini seperti puzzle..
mencantumkan setiap bahagian untuk mencari nilai dan makna kebahagiaan..
kebahagiaan adalah tentang pilihan dan pilihan..
mintalah sesuatu pada DIA...maka DIA pasti memakbulkannya..
Don't be sad..setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajaran di sebaliknya..
dan mungkin jua kau memerlukan kekuatan untuk menjalani hidup ini..
dengan itu Allah uji dengan sedikit ujian..dan dengan itu kau bertambah kuat..
Allah berikan kita sesuatu dalam keadaan yang kita tidak sedar..
mungkin jua kita terlupa kita pernah memintanya suatu ketika yang telah berlalu..
baru kini Allah berikan kepada kita tepat pada waktu yang kita benar-benar perlukannya...
Nukilan 4.56am...Till then...
Posted by Rukia at 12:48 PM 0 comments
Dia lebih mengetahui...
kekadang kita tertanya-tanya kenapa sesuatu itu berlaku pada diri...
kisah dongengan dulu kala..kisah tentang seorang gadis yang kehilangan ayah ketika berusia 14thn..tentunya gadis ini tak menjangka akan dugaan yang menimpanya dan seluruh keluarganya....bila teringat kisah itu pasti ada titisan air mata..Dia lebih mengetahui akan segalanya..maka sentiasalah kita berbaik sangka terhadapNya..
dan dari kisah itu dia belajar sesuatu..anak yatim harus dibela nasibnya oleh waris2nya...bukan dibiarkan tak ketahuan hidupnya...diberikan didikan yang sempurna...jiwa anak2 ini sering memberontak memandangkan tiada sapa tempat mengadu...
mungkin berkat kebaikan yang dilakukan oleh arwah membuatkan anak-anaknya membesar dengan tabah dan jiwa kental..arwah pernah berpesan jangan meminta-minta selagi kita mempunyai tulang empat kerat untuk berusaha...dan untuk itu..dia masih berpegang penuh pada pesanan arwah...biarlah hidup kita ini menyenangkan orang lain sebaliknya janganlah hidup kita ini menyusahkan orang lain..mintalah kepada Allah kerana DIA maha pemberi rezeki..pada dia kita datang dan kepadanya kita kembali...maaf sekiranya tulisan ini kelihatannya seperti cas bagus...till then..
Posted by Rukia at 3:14 AM 0 comments
Untuk Hidup...
hidup sepertimana yang kita mau akannya, tapi ingat janji Allah itu pasti...
kita umpama butiran debu yang bila-bila masa dan ketikanya akan diterbangkan sang bayu....
Ramai yang boleh hidup, mempunyai keluarga sendiri, mempunyai zuriat yang comel2 mempunyai harta yang banyak..tapi berapa ramaikah yang bersyukur dengan setiap apa yang dimiliki dan berapa ramaikah yang merasa bahagia dengan apa yang dimiliki...
Jika kita mau bahagia, maka bahagiakanlah orang lain..
Jika kita mau dihormati, maka hormatilah orang lain..
Jika kita tak ingin dikhianati, maka jangan sesekali mengkhianati orang lain..
Jika kita maukan kejayaan, maka jayakan orang lain..
Jika kita mau disayangi, maka sayangilah orang lain...
aku, kau, kita, mereka tak punya apa-apa..yang ada hanyalah pinjaman sementara..
yang sampai waktu pulang kepadaNya...syukur untuk hari ini dan seterusnya untuk segala pinjaman yang indah...alhamdulillah...
Posted by Rukia at 2:54 AM 0 comments
Tuesday, December 6, 2011
Monday, November 28, 2011
Islam itu indah..
Maaf, sekiramya aku yang jahil dan kurang pengetahuan akannya mahu berkongsi sesuatu yang sangat berharga..dan sesuatu yang boleh dijadikan panduan...
Posted by Rukia at 4:46 AM 0 comments
Sunday, November 27, 2011
10 Perkara untuk hari ini...
1.Malaysia vs Bahrain 2-3..'(
Posted by Rukia at 6:35 AM 0 comments
Saturday, November 26, 2011
Jadi macam abah..
aku cuba mengingati detik-detik indah bersama abah
Posted by Rukia at 5:13 AM 0 comments
Salam semua...
Dikesempatan ini saya ingin mengucap Selamat Tahun Baru buat keluarga, sahabat handai dan seluruh umat Islam..semoga kehadiran tahun baru ini akan memberi ruang, peluang dalam memperbaiki diri....semoga kesilapan silam tidak akan berulang..semoga tahun ini kita lebih matang dalam menghadapi setiap dugaan dan pancaroba hidup....dunia dalam mencerminkan dunia luar....:)
Posted by Rukia at 4:19 AM 0 comments
Tuesday, November 15, 2011
nape nak pakai sanggul tinggi ea?...
Posted by Rukia at 3:55 AM 0 comments
Saturday, November 12, 2011
1 liter of tears
erm...sob sob sob..sedih tengok cite ni..alangkah bersyukurnya aku kerana dikurniakan tubuh yang sehat serba sempurna....cite ni mengisahkan seorang remaja perempuan yang berusia 15 thn menghidap penyakit tulang sumsum dan seterusnya mengakibatkan bahagian otak semakin mengecil dan menjejaskan system saraf dan tiada sebarang ubat yang dapat mengubati penyakit tersebut (kisah benar yang di adaptasi dalam drama)..seperti yang kita sedia maklum sistem saraf memainkan peranan penting dalam fungsi dan respon anggota badan kita...saraf menghantarkan signal daripada otak ke seluruh anggota badan untuk bergerak dan melakukan sesuatu...apa yang menarik dalam drama ni adalah tentang perjuangan didalam kehidupan dan betapa pentingnya keluarga disisi kita yang sentiasa memberi sokongan dan kekasih yang mencintai kita seadanya diri kita....:)...
Posted by Rukia at 6:09 AM 0 comments
Pak lang...
semoga Pak lang cepat sembuh daripada sakitnya....amin...
Posted by Rukia at 6:09 AM 0 comments
Friday, November 11, 2011
Argghhh..
huh..malasnya aku time cuti2 ni..nak sambung wat project CV aku kat umah pun tak lalu..melepek sambil melihat elly dan Is berlari2 keseronokan...dua ekor tu dh terbiasa makan bersuap..so tiap kali aku menjengah kat sangkar , tentunya Elly dah ready tunggu aku kat depan pintu sangkarnya dan Is ala2 muka kebulur tak larat nak bangun taktik mintak disuap la tu ...aisehh....kesian aku tgk..2 ekor tu pandai wat muka lapo dan simpati.....yang aku notis tu si elly dan Is tak berape suke makan pallet, 2 ekor tu prefer lagi makan alfafa dan hay yang kering...lagi2 makan kat atas tapak tangan aku..masa memula tu aku cuak gak nak wat mcm tu..cuak kalau2 si elly dan Is gigit jari aku sebab kebulur..so far takde lagi tragedi berdarah..cumanya time aku nak pegang buat mcm teddy bear tu si elly ngan Is suke meronta2..ade la calit2 garisan luka kat jari aku..adat la kan..kalau ade pet ni especially arnab or kucing tak calar balar tangan tak sah...aku g survey kucing cute jenis parsian kat pet shop harga rm650..rasa mcm nak beli bulan depan..tengok ar mcm mane..nanti terpaksa berbahagi kasih..till then...
Posted by Rukia at 1:43 AM 0 comments
Reason why perempuan reject lelaki...
1.lelaki asyik dengar kata mak dier, tak tau nak buat keputusan sendiri..
Posted by Rukia at 1:05 AM 1 comments
Monday, November 7, 2011
syok raye tahun ni?..
seperti entry yang lepas dan seperti yang dijanjikan..mak, kakak dan abang aku beraya di umah aku..heeee..alangkah seronoknya dan seribu syukur aku panjatkan ke hadrat Illahi...:)...
Posted by Rukia at 9:11 PM 5 comments
Wednesday, November 2, 2011
kisah Elly n Is
aku baru saje adopt 2 rabbit teddy bear name dier Elly and Is...Elly berusia 3 bln dan Is dah nak masuk setahun (teruna dah)..haha...masa mula masuk umah aku..aku tgk badan Elly menggigil-gigil..takut agaknya smpi terkencing2..kesian aku tgk Elly..tapi Is maintain macho..agaknya dah biasa kena usap2 dengan X-tuannya....sekrg ni Elly dh ok dh...kanak-kanak lagi..suke nyorok2 belakang pintu...so far takde masalah..Elly dan Is memberikan kerjasama sepenuhnya..mujur ar kat umah aku ni ada bahagian store..so aku jadikan store tu tempat bermain Elly ngan Is...terkinja-kinja la dua ekor ni keseronokan...haha...so ilang la segala stress dan ketakutan...semoga Elly & Is gembira tinggal ngan aku..heee..till then...
Posted by Rukia at 1:29 AM 0 comments
_Nukilan_
hidup perlu dijalani..diterokai...dihayati dengan sepenuhnya...dihargai dengan sesungguhnya....sedaya upaya mengapai segala peluang yang ada, segala peluang yang datang..menghargai setiap apa yang kita miliki pada saat dan ketika ini....kegembiraan, kebahagian dan ketenangan perlu diraih dan dicari...aku ada terbaca satu risalah tentang apa yang membezakan manusia dengan manusia yang lainnya adalah ilmu dan amal...sekiranya kita memiliki ilmu itulah yang membezakan kita dengan manusia lain...tanpa amal, ilmu itu tidak berguna sama sekali...tanpa ilmu hidup kita tidak ubah seperti haiwan....namun begitu manusia yang jahil sifatnya jauh lebih buruk daripada haiwan.....hakikat ilmu yang sebenar adalah yang membawa kita ke landasan yang benar, memandu kita kejalan yang diredhai...yang memancarkan cahaya dalam kehidupan kita..yang memberi manfaat kepada alam sejagat..yang membawa kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat...
Posted by Rukia at 1:03 AM 0 comments
Sunday, October 30, 2011
Hari raya Korban...
Selamat hari raya aidiladha buat semua....(tgh takde keje ni amik kesempatan)..sempena hari yang mulia..saya ingin memohon ampun dan maaf andainya ada tersilap perbuatan zahir dan batin...mudah-mudahan kehadiran hari raya Korban pada tahun ini memberi impak yang lebih baik dalam hidup kita...
Posted by Rukia at 6:23 AM 0 comments
Monday, October 24, 2011
Esok hari yang indah....
esok ada audit AKP.... LAST MINUTE punye keje..balik drp kursus..ada ja benda SURPRISE..heee..i loike...haha...aku percaya ESOK AUDIT berjalan dengan lancar....Plant AKU dapat NO 1..pastu AUDITOR baik hati kasi markah 100%...amin....
Posted by Rukia at 2:19 AM 0 comments
Smile...
Thankful today;
Posted by Rukia at 2:10 AM 0 comments
Saturday, October 22, 2011
Kawan2 tlg aku..
sesiapa yang ade baca blog aku ni..
Posted by Rukia at 8:19 AM 3 comments
ini yang aku belajar...
-learn to share
Posted by Rukia at 7:23 AM 0 comments
MC...
tadi teman Chinoy g klinik...kebetulan antibiotik aku ilang tah kemana..aku pun kire amik kesempatan yang ade nak mintak antibiotik yang baru......
Posted by Rukia at 7:08 AM 0 comments
Thursday, October 13, 2011
Jahanam....
dah lama rasanya aku tak maki orang...dan untuk sekian kalinya...dan detik ini...aku berjumpa dengan manusia yang paling jahanam dibumi bertuah kurniaan Illahi...terdetik dalam hati ada jugak manusia sejahanam ini yang perlu aku hadapi...tak usah berlagak seperti pak lebai..kalau lidah kau sendiri pun tak mampu dikawal..kalau anak kau dan bini kau sendiri mulut macam longkang...syurga yang kau cari telah lame menjauh dek kebusukan kau dengan manusia lainnya...
Posted by Rukia at 2:43 AM 0 comments
Monday, October 10, 2011
hello world...
pagi tadi milir ke ofis...En.AGT tegur aku..wah milah dh slim sekrg...hahaha...mau melompat kat situ tapi cover le sket...baik2 orang tu nak wat menantu langsung cancel....kikiki...terima kasih En.AGT kerana menggunakan mata dengan betul...hee..tadi g timbang kilo..berat aku ade la berkilo2 lagi...haish bile la nak ilang ni...sebulan 5kg pun ok gak...tapi aku expect lebih la kan..aku rase cam kebulur nasi gak ni..sabar ila..caiyok k...kalau aku leh turun 18kg dlm mase 3 bulan..lepas ni aku leh bukak pusat rawatan badan nama company believe in urself..heeee....
Posted by Rukia at 12:16 AM 0 comments
Saturday, October 8, 2011
sejarah kami....
semalam pegi kenduri kawin umah rin..tahniah rin dan wan..pasangan ideal alaf ini...semoga perkawinan yang terjalin akan kekal sehingga ke hujung nyawa..amin..lepas g kenduri tu..kami ronda2 kat bandar hilir...sambil berposing ala2 artis berfoto dan bergumbira...gambo kegembiraan dan kemeriahan ade dibawah ni..silalah tonton..hidup bujang mcm ni la kan..
Posted by Rukia at 8:30 PM 0 comments
perternak berjaya...
aku nak war-war kan berita gembira, bahawasanya kami (aku, asnoor, ida, reen) telah menjadi perternak cicak yang berjaya...(tepuk2)...bahkan kami jugak telah menjadi pengeluar baja najis cicak yang terbesar di Taman Raja Zainal....bilangan cicak jugak telah bertambah hari demi hari dan nampaknya sudah ade ribuan cicak yang membesar dengan jayanya...tak kurang jugak hasil pengeluaran baja najis cicak..kepada bapak2, ibu2, abg2, kakak2, adik2 dan sesiapa saje yang ingin buat order...silalah kemukakan order di blog ini..harap maklum..keje same anda amat dihargai...pemprosesan cicak juge disediakan..mari2..dapatkan segera...heh...
Posted by Rukia at 8:23 PM 1 comments
Wednesday, September 21, 2011
EpILOG AkU n LiLy....
aku kenal dengan lily sejak aku diploma lagi part 4...waktu tu aku sebilik dengan lily....boleh dikatakan aku dan lily terlalu berbeza daripada segi karakter..namun jauh disudut hati aku...dia adalah sahabat terbaik yang pernah aku ada...dari dulu kini dan selamanya....(rasa macam nak peluk lily sekrg)....heee...
Posted by Rukia at 9:08 AM 0 comments
biskut marry kembang semangkuk....
Posted by Rukia at 8:56 AM 0 comments
Tuesday, September 20, 2011
.....:)
Posted by Rukia at 5:34 AM 1 comments
Friday, September 16, 2011
mata o mata..
sakit tahunan aku kembali lagi......teringat zaman kanak-kanak..tora datang lagi...yehhaaaa...bila nampak jea mainan tora tak makan pun tak ape..janji abah belikan mainan tu...nama pun budak-budak bukannya tahu bezakan makanan dengan permainan...kalau leh bermain 24 jam pun sanggup....
dh seminggu sakit tahunan ni tak elok2 lagi...urmm..dugaan2 bulan raya gini..tapi ok ar masa puasa ari tu sehat walafiat..alhamdulillah...mata tak mampu terpejam walau sedetik cuma...colleague aku ajak diet bersama2...kire lawan ar sape paling cepat turun..aku rase isu berat badan aku ni lame dh digembar gemburkan (ceh macam artis je gayanya)...ok, kali ni aku nekad (accountability) untuk kuruskan badan dengan harapan kebaya yang lame tersimpan tu leh dipakai...tadi tu tgk ar gambo zaman kegemilangan aku dulu...masa slim...mak aiii muka cengkung sangat...nanti nmpk matang....skrg ni muka berisi so nampak mcm budak2 (ceh2 perasan la pulok)...aku target everymonth turun 2kilo je paling minimum...kalau turun secara drastik aku takut struktur badan tak elok...lagi2 tanpa exercise....badan nmpk kurang fit..... so kena lakukan dengan hati2....heeee...
aku tgh pikir supplement mane yang paling effective utk diet harian aku....so far aku gunakan product H..tapi kawan aku suggestkan product M....ermmmm tgk ar mcm mane...bulan dtg nie punya belanjawan pun belum wat lagi...
aku tgk kwn2 aku yang mane dh berumahtangga pun masih slim....muka pun berseri2 jea.....tgk baby diaorg comel2 belaka...wah rase terisi hidup bila ada cahaya mata......heeee...
teringin tu mmg teringin nak ada keluarga sesemua mcm tu.....soal jodoh aku serahkan pada Allah..
Posted by Rukia at 10:36 AM 0 comments
E>G>O
Egoo..eeeee..ape tu....?....eeeeee...geli jea...
Posted by Rukia at 7:04 AM 1 comments
rindu kat penang!!
hampir 6 bulan aku berpindah ketempat baru....ape dh jadi agaknya dgn penang sekarang ni...(gaya ckp mcm la penang tu jajahan aku..haha)...serius aku rindu nak ronda2 penang dengan Nurin....g roadwalk....jalan2 sambil cuci mata tgk barang2 antik yang ade....rutin ujung minggu kalau Nurin takde wat ape2...
Posted by Rukia at 6:04 AM 0 comments
happy birthday Coyunkk!!....
Posted by Rukia at 5:52 AM 0 comments
Friday, August 5, 2011
Sentimental...
bagai mau menjeritt....aaaaa..iron aku tertinggal kat ILSAS..sob sob sob..
Posted by Rukia at 11:26 PM 2 comments
W.O.M.A.N...
A woman is...
Posted by Rukia at 10:16 PM 0 comments
Juadah berbuka puasa...
Ngee..saya dh siapkan juadah berbuka puasa ari ni...
Posted by Rukia at 10:02 PM 0 comments
Wednesday, August 3, 2011
Kenduri kendara cik kiah...
soklan2 yang biasa ditanya bila usia dah meningkat remaja ni...
Posted by Rukia at 6:01 AM 0 comments
Siang tadi berada di bengkel melakukan keje2 mintenance..adoii...dugaan bulan puasa..
Posted by Rukia at 5:45 AM 0 comments
Monday, August 1, 2011
alhamdulillah berbuka puasa di ILSAS dengan jiwa yang damai dan kerai..
Posted by Rukia at 6:01 AM 0 comments
no title...
pernah tak kita terpikir akan hati dan perasaan orang lain..
Posted by Rukia at 5:50 AM 0 comments
Sunday, July 31, 2011
Tentang hidup...
kehidupan dengan pelbagai corak dan warna bergerak mengikut fitrahnya...
aku pun tak terkecuali..kamu pun sama..mereka pun begitu..
melalui fasa-fasa hidup bagaikan menaiki roller coster...
adakala jatuh, tersungkur, bangun, berlari, menangis dan tertawa silih berganti..
mnghadapi saat-saat sukar..tentang pilihan dan pilihan...
ya..hidup adalah tentang pilihan...kamu pilih dan kamu dapat...
...hitam dan putih..bulan dan bintang..
sapa tahu kehadapan itu apa?..
aku, kau, dia, mereka....
pada saat ini..kita tak ubah seorang buta yang mencari arah....
apa pun jua dihadapan
Allah jua penentu segalanya,,
We do the best..Allah do the rest..
Posted by Rukia at 5:32 AM 0 comments
Salam Ramadhan...
Semoga ramadhan yang hadir pada saat dan ketika ini...
memberi seribu makna buat saya dan umat Islam seluruhnya...
yang jauh atau yang dekat...
buat keluarga tercinta, sahabat handai yang dikasihi...
maaf dipinta atas segala keterlanjuran kata, perbuatan yang menguris perasaan..
ramadhan bulan keberkatan, keampunan dan kerahmatan..
ramadhan ya ramadhan..
Selamat menjalani ibadah puasa...
Posted by Rukia at 5:23 AM 0 comments
Monday, March 21, 2011
update..
cone slayer..
gara-gara lapar aku dan team mate telah kehilangan safety cone kami sewaktu melakukan range test..
mase tu mmg panas terik seterik hati aku yang sedang mendidih..
tak leh nak salahkan orang lain..cause mmg kami yang salah..
kami terlupa kami tinggal di malaysia..yang bilamana kau letak la ape2 pun tanpa sebarangan pengawasan..tentu ilang punye!!..yea aku terlupa..sudahnya kami terpaksa menjadi cone slayer...team aku yg agak lawak..siap curik cone entah kat mane2...benggong tak....
semasa perjalanan pulang ke kilang..aku siap ckp lagi ngan team mate aku nak sumpah sape2 yg curik cone kiteorg tu jadik katak ijau...kawan aku gelak sambil ckp..watpe sumpah diaorg jadik katak kan lebih baik sumpah diorg jadik cone..so kami tak yah beli cone...huhu....
rumah..
semalam pulang dari umah kakak aku..setelah survey umah, semi-D baru cecah 159k...murah betul..banglo 168k...harusnya aku terkejut beruk mase tu...20% kenaikan every year...mmg worth it la kan...asset..bukan liabiliti...
benggang..
benggang sbb aku benggang la...keadaan hidup aku yg mcm sampan...yg nie kite continue lain...
gembira...
pergi memancing bersama kakak, abg ipar ngan ank sedara aku, si kundang ngan si merah...riuh sekampung..
Posted by Rukia at 2:14 AM 0 comments
Thursday, March 10, 2011
tersirat ape yg tersurat...lain isi dari kuku..hanya manikam mengenal jewellery..
ujan renai jiwa kerai...
ombak berbisik relakan jua....
andai detik bisa di gubah..
takkan pernah petir dan guruh seiringan nada...
adat hidup, juang rebah, ranap patah..
akan cuba bangkit semula...
apa ni?...entah, aku pun tak tau...:)
Posted by Rukia at 5:40 AM 0 comments
heeee~
Kredit to my boss...thanks a lot..konyang den...ayas gayans umak aumes~...eehhh...
had amal ayas kat doalpu obmag tak bf....kat rabas kan uggun x-etamsuo ayas niwak...reynasar ayas naka nurut itnan... (saya bercakap dihadapan cermin)....till then....
Posted by Rukia at 5:18 AM 1 comments
Wednesday, March 9, 2011
Yok makan...
makan..kau suke tak?..semua org suke kot..
anyway..aku ade beberape tempat yg leh disuggestkan kalau korang turun ke penang ni...
kalau korang rase nak makan tom Yam yang sedap..
aku suggest ko g la PAK HUSIN TOMYAM..rase la tom yam Poktek...heh...
kalau nak makan cucur buatan sang teruna(betul ke sang teruna)..hentam je ar..
aku suggest pegi jemput 3..kawasannya agak menarik ar...
kalau rase nak makan Thai food yang halalan..
aku suggest korang g SIRIWAN...sedap ar bagi penggemar makanan Thai...
sape suke makan kari kepala ikan..
kat penang ni mmg banyak ar tempat yg berunsur kari mari ni..
antaranya Pan Mutiara kat batu maung..MAk Minah kat gelugor...jiran yg kat umah aku ni pun terror masak kari leh order gak...
kalau nak makan nasi briyani..aku suggest korang g kapitan..
kalau rase nak makan sushi..tao..
kalau makan kat hotel..aku rase antara yg sedap kat E&O..
pastu adalah antara tempat-tempat makan yang selalu aku kunjungi...antaranya..
hammer bay, teluk tempoyak, Idrus ikan bakar, nurul ikan bakar...Tomyam Jelutong...bawah umah..berhadapan umah...
kalau kat area JB sane, paling suke 8 kati..kat situ leh ar merasa daging rusa..ngan teh sarawak...
kat sungai petani lak korang leh g MAKBUL...haha..mamak..
Tanjung dawai pun ok juge..sedap dan murah2...leh ar sape2 nak beli ikan bilis yg lom di goreng kat situ dengan harga yg murah...pastu leh wat niaga..
apa yang aku merepek ni haaa..ok ar..till then..later akan diupload gambo2 kedai makan..macam tourist guide lak:)...
Posted by Rukia at 6:52 AM 1 comments
Tuesday, March 8, 2011
alahai~
hahaha..gelak dulu..1st time aku jumpa company yg suh bawak payslip ORIGINAL bersama2...
nampak sangat berkira gaji nih..name je omputeh punye...heh..
tapi takpe..aku bukannyer nak demand sgt..as long as aku leh blah sudah la...kali ni bahagian manufacturing pulak..atleast aku varietykan aku punye experiences..ye ar, dunia keje tak same ngan belaja kalau dok lemau2 satu tmpat aku takkan kemana......huuuu...
last but no least...
aku cuma harap aku menjadi seorg yg kreatif dalam menjana uwang..bkn la nak cepat kaya..tapi kalau kita usaha dengan cara yg betul..insyaallah umur semuda belia dh dapat menikmati segala2nya..cause aku pikir aku nak rase ar semuanya...sebelum mata terpejam selama-lamanya...
Posted by Rukia at 7:14 PM 0 comments
Sunday, March 6, 2011
hello..
pagi tadi sampai awal kat ofis..
g turun ke cafe tgk la kalau ade makanan yang boleh dimakan wat alas perut...huhu..
tertiba aku terpandang nasi goreng..urmmm menyelerakan giler...ngan telur mata kerbau wei..
sedap betul..telan air liur beberape kali..glup2...terpaksa aku batalkan hasrat nak bfast nasi goreng mata kerbau...on diet skrg nie..ecehhh..dh turun 2 kilo..kang naik 10kilo la...ermmm..
bila la nak slim ni..heeh...till then..
Posted by Rukia at 4:59 PM 0 comments
berlari aku berlari..
mengejar sang pelangi....
mengejar aku mengejar...
namun tak dapat ku gapai..
Posted by Rukia at 7:31 AM 0 comments
Saturday, March 5, 2011
tentang keje...
heee..:)...keje aku sungguh menyerabutkan aku rase...
sya+keje=engineer
otherwise
sya-engineer=keje..
ape nak keje ea..saya rase tak puas jadi enginiur ni..tak mencapai kepuasan hidup tahap maksima...bukan jugak nak cepat kaya..geleng2...saya cuma nak happy..
happy=saya+ keje lain...
keje untuk duit...
duit untuk teruskan hidup..
kalau macam ni ok tak
kawin=tak yah susah2 cari duit...
kawin?...saya tak rase jalan penyelesaian yang terbaik...soal tu saya serahkan pada allah..insyaallah bila sudah tiba masanya...tapi bukan dlm masa yang terdekat..
keje=enjoy...
yang ni saya rasa masa saya part time dulu...keje kat kilang biskut..penat but enjoy..
tapi keje kat kedai photostat..so scary..kalau nak g keje mesti cam tension..
keje sekarang ni pulak tak puas and kurang henjoy cause ade something come up...dan saya sangat regret tentangnya..
boleh tak kawan-kawan tolong pikir utk saya..hee...
Posted by Rukia at 4:43 AM 0 comments
C>E>R>I>A
1,2,3..smile...:)
alhamdulillah menjalani hidup baru dengan lebih bersemangat..hopefully...tepuk2...heee...
untuk tahun ni...tiada apa yg berubah..except hati..why?...mungkin semakin tegar dan sedang menjalani system baik pulih..reformat...
tahun 2010..
boleh aku anggap tahun suka duka jerit perih...jatuh bangun..
2011..
aku harap aku dapat menjalani hidup dengan lebih tenang dan sempurna...
sabar..byk hikmahnya syg..(aku bercakap dengan diri sendiri)...
semua orang tahu penghujung bagi setiap insan yang hidup adalah mati..
aku?...ya, sudah tentu aku mengerti tentang itu..tunggang terbalik sekalipun..
penghujung di atas muka bumi ini bagi aku adalah sakarat dan bekalan yang aku akan bawak berjumpa allah.....
tidak akan sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak mengasihi saudara-saudaranya..sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri...insyallah..aku akan mengasihi saudara-saudaraku sebagaimana aku mengasihi diriku sendiri..
dunia telah banyak mengubah persepsi diri.. hee..dunia tak salah..kerana hidup adalah tentang pilihan...
aku yang dulu dan sekarang seperti langit dan bumi..]
yang pasti..semua manusia akan berubah..dan melakukan perubahan...
takdir?..sape yg lebih mengerti tentang takdir..?..aku..?
sedaya upaya aku cuba melakukan sesuatu dengan ikhlas..
ikhlaskah aku?...untuk setiap apa yang aku lakukan...
haisshhh..nape entry kali ni tak ceria pun mcm tajuk dier?...:(
till then...
Posted by Rukia at 4:22 AM 0 comments