Monday, January 2, 2012

Kaget di pagi hari..

Today....
kelam kabut yang mcm ape tah susah nak describe kat sini....dpt cucu baru 4 ekor lagi...mereka membiak dengan jayanya...aku kelihatan seperti pengusaha yang berjaya..yeehaaa..namun pagi tadi seekor dah meninggal..aku korek lubang dan tanamkan jasadnya...pastu ade lagi seekor yang kelihatan tak mau minum susu dah..bersusah payah aku pujuk si ibu supaya menyusukan anaknya...erm..kena pujuk2..usap2 kasi makan sesemua baru die ok..aku letih, geram ,rasa naik darah yang amat..tapi dikawal, ye ar kan masuk tahun baru masihi ni..hijrah dah sebulan lepas...so kena lebih banyak kawal perasaan dan bertenang selalu...

Monday, December 12, 2011

C n I

selama 3 tahun bekerja, akhirnya aku dapat bekerja selari dengan apa yang aku perolehi daripada pengajian..tetiba rasa, masanya sudah hampir utk fly....mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkan permintaan hambaNya ini..surat daripada HR sungguh buat hati aku berbelah bahagi...gembira dengan apa yang diberikan dan rasa sugul untuk meninggalkan apa yang aku telah diharungi selama 8 bln ni...apa pun syukur atas segala kurniaanNya...
owh ya...aku menonton rancangan tanyalah ustaz pagi tadi..membincang tentang Kisah Rasulullah dan Sunnah baginda...dan info yang baik daripada rancangan tersebut adalah sekiranya kita hendak mengirimkan Al-fatihah kepada baginda..kita niatkan sebagai hadiah kepada baginda...till then...

Sunday, December 11, 2011

Thanks Fren..

Pagi tadi aku terharu bilamana sahabat aku mendoakan kebaikan buatku..
semoga kau juga mendapat kebaikan dalam setiap apa yang kau lakukan...
sungguh meruntun jiwa...hampir menitiskan air mata...seribu dalam satu..terima Kasih Allah untuk segala pemberianMu...

smile...

aku rasa aku dh lama tak gelak dgn sesungguh hati..
adakah bekerja di TNB buat aku murung...
erm..aku rasa tidak..aku yang tak memberi makna dalam setiap apa yang aku lakukan..cuma mungkin aku dh tak ramai kawan2 perempuan..
aku dikelilingi oleh lelaki..
Ya Allah, berilah aku sahabat wanita..
aku hanya akan jumpa ramai wanita bila aku kat ILSAS..
tadi pulang daripada kerja aku singgah tgk anak2 dan cucu2 aku..
mereka sehat2 belaka..
sunyi umah tanpa mereka..walaupun mereka tak boleh bercakap..
namum, dapat bermain-main dengan mereka buat aku happy..
mungkin aku baru nak serasikan diri dengan persekitaran baru..
cabaran bekerja dengan lelaki ni..
adakah kaum wanita dianggap golongan yang lemah..
sapa kata, pada aku...
yang menentukan lemah atau tidak seseorang itu adalah pegangan hidup dan kepercayaan mereka pada setiap ketentuan Allah s.w.t..
selagi kita percaya bahawa Allah s.w.t akan mengurniakan atau menguji sesuatu mengikut kemampuan kita..makanya kita mampu mengharungi cabaran hidup dengan penuh ketabahan dan kecekalan atas izinNya...
aku cuma mengingatkan diriku, yang adakalanya tewas dengan perasaan sendiri..yang adakala bertanya mengapa dan mengapa...sesungguhnya manusia itu sering lupa dan lalai..kecuali mereka yang sering ingat mengingati antara satu dengan yang lainnya tentang kebenaran...(sekiranya ada kesilapan tlg betulkan wahai teman2)..sungguh pada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali..till then..

Saturday, December 10, 2011

Tahniah Emma..

emma adalah sahabat yang aku kenali sejak sekolah menengah lagi..alhamdulillah persahabatan kami kekal sampai ke hari ini dan harapnya terus berpanjangan hendaknya sehingga ke akhir hayat...baru-baru ini emma telah berjaya menawan puncak gunung kinabalu...(tepuk tepuk tepuk)..aku pun belom menjejakkan kaki kesana..boleh dikatakan memang hebat sahabat aku yang sorang ni...karakternya mmg tahan lasak dan periang..sukakan aktiviti outdoor...dia janji ngan aku nak g hiking gunung mane tah kat area selangor...so apa apa pun akan ku tunggu..semoga berjaya dalam apa jua yang diingini...

weekend aku...

Bila tiba weekend aku lebih prefer habiskan masa kat rumah...
mengemas atau bersantai-santai bersama arnab aku..
tapi weekend ni 'mereka' tiada, masih berada di pet shop...
so aku wat hal sendiri..pegi kenduri kawin..balik rehat2 sambil2 menulis plan untuk tahun hadapan..
owh ya..bercakap tentang plan..kamu2 mesti dah ada plan yang tersendiri bukan...
plan yang kita buat tu adalah rujukan kita...it is our benchmark... dengan itu kita tau apa persediaan yang perlu dilakukan dalam menjalani kehidupan ini..
We do the very best,Allah almighty will do the rest..be happy ok...till then..

Friday, December 9, 2011

Aku dah dapat Cucu..

Ngee..alhamdulillah...syukur aku panjatkan pada Allah untuk segala pemberianNya..
Jangan terkejut pulak...aku nikah pun belum lagi tetiba dah dapat cucu..hehe..tu baby arnab aku..arnab aku dah jadi parents sepenuhnya..dapat tiga ekor tapi seekor meninggal umur tak panjang..makanya tinggal la 2 ekor..
pengalaman menyusukan baby arnab memang mencabar untuk aku yang geli melihat warna merah badan baby yang masih belum ditumbuhi bulu..Terima kasih kepada Cinoy sebab tlg susukan baby arnab tu..aku pulak mengambil bahagian dalam memegang si ibu semasa proses penyusuan berjalan..dapatlah baby-baby tu minum susu..ermm sehari je pengalaman tu..selebihnya aku hantar ke pet shop utk dijaga memandangkan aku akan mengikuti kursus di ILSAS...rindu kat mereka..arnab ngan babynya selamat kat sane..aku percaya penuh pada kakak tu...tak sabar nak nenguk mereka...tanggungjawab semakin bertambah lepas ni...caiyok ila...