Monday, February 27, 2012

Ribut...

suasana tenang usai berlalu tatkala aku melangkah kaki kesini...yaaa...kesibukkan dan hiruk pikuk menjadikan aku tak kenal siapa aku...yaaa...impian aku bukan untuk berada disini jauh sekali mencari rezeki disini..namun yang aku pasti takdir telah membawa aku kemari..destinasi yang jauh daripada lintasan hati...
sesat 4 kali membuat aku serik untuk kemana2 mana even shopping mall berada sejangkal di hadapanku..aku cuba menikmati saat2 dikala aku sendiri tak tahu berada dimana..kota metropolitan ku rasakan sungguh asing dalam hidupku...yaaa..aku tak pasti apa yang Allah s.w.t ingin ajarkan kepadaku...tentang hidup..tentang hidup dan hidup...cekalkah aku?..mungkin daripada luaran aku kelihatan cekal..namun dalaman sudah lame rapuh seiring masa yang berlalu..tali yang selama ini aku paut dengan kejap dan utuh kian rapuh dimamah usianya...namun pesanan arwah ayah masih utuh katanya selagi mampu usahakan sendiri, maka sedaya upaya cuba lakukan sendiri..dan mintalah pertolongan andainya kita sangat-sangat memerlukannya..dan janji selalu buat aku terluka..aku benci pada janji..kerana sang setia pasti gugur jua kerana janji yang tak terkota....sekian dahulu....

Saturday, January 7, 2012

Biar Dia menentukan segala...

Tuesday, January 3, 2012

Morning Dear...

Untuk hari ini..
24 hours yang telah dipinjamkan seakan berlalu dengan pantasnya..
pagi tadi,
still rutin harian aku mengemaskan sangkar arnab, beri makan dan menyusukan baby arnab kepada ibunya...syukur semua berjalan dengan lancar..again, hari ni seekor lagi baby telah meninggal dunia..seperti semalam, aku mengali lubang untuk menanamkan jasadnya...
harapnya lepas ni yang 2 ekor baby sehat walafiat...thanks to Azimah coz tumpangkan aku g keje ari nie...rasa gembira dan bersemangat..yenyen, bubu dan teateh semua pun happy dan cergas dipagi hari..parents dier elly dan Is pun same...
aku ade petua utk sape2 yang bela arnab ni kan..kalau si ibu arnab ni susah nak susukan anaknya..aku rasa kita perlu bacakan doa dlm air minuman pastu letakkan air tersebut dalam sangkar si ibu..doalah mudah2an si ibu ni menjadi ibu arnab yang baik kepada anak2nya..sambil2 tu kita cakap2 la dengan arnab ni..aku rasa haiwan akan faham apa yang kita katakan cumanya mereka tak leh reply semula..hehe..ye ar kan, yang mengatur segalanya adalah Allah s.w.t kita cuma berusaha saja..yang memberi ketetapan jua adalah Allah s.w.t..apa2 pun kembali kepadanya..lagi satu aku ada terbaca blog seseorang katanya air ni sifatnya mudah menerima dan menyerap setiap apa yang kita katakan atau bacakan atasnya...sebab tu pure water jugak boleh dijadi penawar penyakit apabila dibacakan ayat suci Al-Quran keatasnya..so aku aplikasikan setiap apa yang aku terima..as a result, alhamdulillah mmg baik nmpknya...semoga hari berlangsung dengan baiknya Ya Allah, aku mohon yang terbaik buat keluargaKu, Saudara-saudaraku, sahabat2ku dan semua umat muslimat dan muslimat seluruhnya..

Monday, January 2, 2012

Kaget di pagi hari..

Today....
kelam kabut yang mcm ape tah susah nak describe kat sini....dpt cucu baru 4 ekor lagi...mereka membiak dengan jayanya...aku kelihatan seperti pengusaha yang berjaya..yeehaaa..namun pagi tadi seekor dah meninggal..aku korek lubang dan tanamkan jasadnya...pastu ade lagi seekor yang kelihatan tak mau minum susu dah..bersusah payah aku pujuk si ibu supaya menyusukan anaknya...erm..kena pujuk2..usap2 kasi makan sesemua baru die ok..aku letih, geram ,rasa naik darah yang amat..tapi dikawal, ye ar kan masuk tahun baru masihi ni..hijrah dah sebulan lepas...so kena lebih banyak kawal perasaan dan bertenang selalu...

Monday, December 12, 2011

C n I

selama 3 tahun bekerja, akhirnya aku dapat bekerja selari dengan apa yang aku perolehi daripada pengajian..tetiba rasa, masanya sudah hampir utk fly....mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkan permintaan hambaNya ini..surat daripada HR sungguh buat hati aku berbelah bahagi...gembira dengan apa yang diberikan dan rasa sugul untuk meninggalkan apa yang aku telah diharungi selama 8 bln ni...apa pun syukur atas segala kurniaanNya...
owh ya...aku menonton rancangan tanyalah ustaz pagi tadi..membincang tentang Kisah Rasulullah dan Sunnah baginda...dan info yang baik daripada rancangan tersebut adalah sekiranya kita hendak mengirimkan Al-fatihah kepada baginda..kita niatkan sebagai hadiah kepada baginda...till then...

Sunday, December 11, 2011

Thanks Fren..

Pagi tadi aku terharu bilamana sahabat aku mendoakan kebaikan buatku..
semoga kau juga mendapat kebaikan dalam setiap apa yang kau lakukan...
sungguh meruntun jiwa...hampir menitiskan air mata...seribu dalam satu..terima Kasih Allah untuk segala pemberianMu...

smile...

aku rasa aku dh lama tak gelak dgn sesungguh hati..
adakah bekerja di TNB buat aku murung...
erm..aku rasa tidak..aku yang tak memberi makna dalam setiap apa yang aku lakukan..cuma mungkin aku dh tak ramai kawan2 perempuan..
aku dikelilingi oleh lelaki..
Ya Allah, berilah aku sahabat wanita..
aku hanya akan jumpa ramai wanita bila aku kat ILSAS..
tadi pulang daripada kerja aku singgah tgk anak2 dan cucu2 aku..
mereka sehat2 belaka..
sunyi umah tanpa mereka..walaupun mereka tak boleh bercakap..
namum, dapat bermain-main dengan mereka buat aku happy..
mungkin aku baru nak serasikan diri dengan persekitaran baru..
cabaran bekerja dengan lelaki ni..
adakah kaum wanita dianggap golongan yang lemah..
sapa kata, pada aku...
yang menentukan lemah atau tidak seseorang itu adalah pegangan hidup dan kepercayaan mereka pada setiap ketentuan Allah s.w.t..
selagi kita percaya bahawa Allah s.w.t akan mengurniakan atau menguji sesuatu mengikut kemampuan kita..makanya kita mampu mengharungi cabaran hidup dengan penuh ketabahan dan kecekalan atas izinNya...
aku cuma mengingatkan diriku, yang adakalanya tewas dengan perasaan sendiri..yang adakala bertanya mengapa dan mengapa...sesungguhnya manusia itu sering lupa dan lalai..kecuali mereka yang sering ingat mengingati antara satu dengan yang lainnya tentang kebenaran...(sekiranya ada kesilapan tlg betulkan wahai teman2)..sungguh pada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali..till then..