Sunday, December 11, 2011

smile...

aku rasa aku dh lama tak gelak dgn sesungguh hati..
adakah bekerja di TNB buat aku murung...
erm..aku rasa tidak..aku yang tak memberi makna dalam setiap apa yang aku lakukan..cuma mungkin aku dh tak ramai kawan2 perempuan..
aku dikelilingi oleh lelaki..
Ya Allah, berilah aku sahabat wanita..
aku hanya akan jumpa ramai wanita bila aku kat ILSAS..
tadi pulang daripada kerja aku singgah tgk anak2 dan cucu2 aku..
mereka sehat2 belaka..
sunyi umah tanpa mereka..walaupun mereka tak boleh bercakap..
namum, dapat bermain-main dengan mereka buat aku happy..
mungkin aku baru nak serasikan diri dengan persekitaran baru..
cabaran bekerja dengan lelaki ni..
adakah kaum wanita dianggap golongan yang lemah..
sapa kata, pada aku...
yang menentukan lemah atau tidak seseorang itu adalah pegangan hidup dan kepercayaan mereka pada setiap ketentuan Allah s.w.t..
selagi kita percaya bahawa Allah s.w.t akan mengurniakan atau menguji sesuatu mengikut kemampuan kita..makanya kita mampu mengharungi cabaran hidup dengan penuh ketabahan dan kecekalan atas izinNya...
aku cuma mengingatkan diriku, yang adakalanya tewas dengan perasaan sendiri..yang adakala bertanya mengapa dan mengapa...sesungguhnya manusia itu sering lupa dan lalai..kecuali mereka yang sering ingat mengingati antara satu dengan yang lainnya tentang kebenaran...(sekiranya ada kesilapan tlg betulkan wahai teman2)..sungguh pada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali..till then..

0 comments: